Wednesday 19 August 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK

Semoga ibadah kali ini adalah yang lebih baik daripada sebelumnya.

Tuesday 18 August 2009

Saat Indah Dalam Hidup Setiap Pasangan


Sesuatu yang indah pasti yang tidak dapat dilupakan. Saat romantis bersama pasangan hidup. Setiap yang bercinta pasti mengimpikan gerbang perkahwinan yang bahagia. Hidup bersama hingga hujung nyawa. Saat yang kuimpikan adalah bersama si dia meluangkan masa bersama, di saat baru sahaja diijabkabulkan. Menjadi pasangan suami isteri yang sah. Aku impikan melihat panorama indah bersama dia, mengecapi cantiknya suasana metahari melabuhkan tirainya. Setiap wanita aku pasti akan termimpikan saat bahagia sebegitu rupa. Inginkan masa bersama dia tanpa gangguan sesiapa. Itulah hubungan yang dibina di atas syurga dunia. Nikmat yang di beri Allah s.w.t untuk dirasai setiap pasangan yang halal hubungannya.

Lihatlah Dengan Mata Hati

Kita dianugerahkan dengan sepasang mata yang cantik, yang mempunyai pelbagai fungsi. Namun setiap individu kurang sedar bahawa hanya dengan memiliki mata yang yang cantik kita pada dasarnya kurang pandai menilai selepas melihat. Setiap insan perlu perihatin bahawa kita sebenarnya ada dianugerahkan dengan satu lagi keajaiban yang jarang sekali digunakan, iaitu MATA HATI. Ramai manusia di dalam dunia hanya menggunakan 30% deria tersebut. Dengan mata hati kita akan mentafsir sesuatu perkara dengan lebih lama, mata hati terletak di dalam tubuh, sesuatu yang abstrak, maka apabila sesorang menilai atau membuat keputusan kesannya juga akan mendalam dan lebih baik. Mata hati tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi satu deria yang boleh di rasa. Ada yang kata, mata hati itu adalah deria orang perempuan, tapi orang lelaki juga mempunyai keistimewaan itu. Cuma kurang digunakan atau ada di antara mereka yang yang tidak sedar langsung akan kelebihan tersebut pada diri mereka. Ada yang mengatakan mata hati itu berkaitan juga dengan gerak batin, ada juga yang kata mata hati hanya untuk orang yang buta atau hilang penglihatan, ada yang beri pendapat pula mata hati untuk mereka yang tahu seni.
Tapi apa pun yang dikatakan, mata hati hakikatnya wujud pada sesiapa pun. Cuma kita perlu duduk mencari di mana titik pertemuan itu.
Dengan mata hati, yang gelap pasti cerah
Yang kabur pasti terang
Yang hilang akan dijumpai
Yang kelam akan bersinar....
Dimanakah mata hati anda?

Friday 14 August 2009

Siapa Kata Rakyat Malaysia Malas Membaca?

Buktinya, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) melaporkan bahawa bagi tahun 2007, jumlah judul yang diterbitkan di Malaysia sudah meningkat ke 14,000.

Jika dibandingkan pada tahun 2003, jumlah itu adalah 6,000 judul. Ini adalah lonjakan jumlah yang amat ketara, iaitu lebih 100% dalam tempoh empat tahun.

Kita selalu membandingkan rakyat negara kita dengan bangsa asia di negara matahari terbit. Mereka rajin membaca kerana kelihatan di keretapi, perhentian bas, di taman rekreasi dan dibanyak tempat lain pasti menjumpai sepuluh daripada mereka lapan daripadanya akan memegang buku.

Mungkin dulu rakyat Malaysia kurang perihatin betapa hanya dengan membaca buku kita boleh mengetahui tentang seluruh dunia, dengan membaca buku kita boleh kembali ke zaman lampau, dan dengan membaca buku kita boleh menjadi KAYA. Iaitu kaya ilmu pengetahuan.

Bayangkan jika kita tidak membaca...
Pasti ramai orang akan memperbodohkan kita...
Pasti kita tak kenal A-Z
Pasti sekarang kita tak dapat pekerjaan yang bagus-bagus...

Alhamdulillah, kempen demi kempen MARI MEMBACA yang di jalankan oleh kerajaan akhirnya menimbulkan kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya membaca. Hakikatnya bukan senang untuk menghasilkan sebuah buku, tidak kiralah buku cerita, buku komik, buku ilmiah, motivasi dan sebagainya. Kerana untuk menulis sebuah buku, penulis perlu menghimpunkan bertahun2 pengalaman. Tetapi anda hanya mendapat pengalaman mereka dengan hanya membaca buku tersebut. BAYANGKAN!!! Anda tidak memerlukan usia yang panjang iaitu sehingga 500 tahun untuk mengutip semua pengalaman itu. Mereka (penulis ) sudah membantu anda untuk mengetahui sebahagian daripada pengalaman mereka yang boleh dijadikan pengajaran, yang boleh dijadikan panduan.


"Bacalah dengan (menyebut nama tuhanmu yang menciptakan ,dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.Bacalah dan tuhanmulah yang maha pemurah,yang mengajar(manusia) dengan perantaraan kolam.Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya". (Al-A'laaq ayat 1-5)


Daripada Anas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Menuntut ilmu itu wajib ke atas tiap-tiap orang Islam” (Riwayat Ibnu Majah)


Ditujukan kepada manusia sejagat untuk menguasai ilmu tanpa mengira statusnya
(spt. Tua,muda,miskin kaya dan dsbnya.)
Sabda Nabi S.A.W : “Tuntutlah ilmu dari buaian sampai ke liang lahad”


Dunia adalah satu medan perjuangan yang merupakan satu cabaran bagi manusia sejagat
Pastinya ada kalah dan ada yang menang.

Sabda Nabi S.A.W
“Sesiapa yang menghadapi dunia hendaklah berilmu”
”Sesiapa yang mahu kepada akhirat hendaklah berilmu”
“Sesiapa yang mahu kedua-duanya hendaklah berilmu”



Begitulah pentingnya ilmu pengetahuan yang sangat-sangat dititik beratkan oleh Islam supaya setiap orang mencarinya, tidak kira dalam apa bidang pun selagi ia mendatangkan kebaikan dan diredhai oleh Allah S.W.T.