Wednesday 7 April 2010

Seronok di pesta buku PWTC 2010


Alhamdulillah, sepanjang saya berada di pesta buku, pihak penerbit dan kakitangannya tidak jemu-jemu mempromosikan dan cuba menjual buku Puteri Amanda. Sambutan amat menggalakkan, ramai juga yang datang untuk minta tanda tangan sebagai kenangan. Harapan saya, semoga adik-adik dapat manfaat sedikit sebanyak daripada hasil penulisan akak, kebanyakan peminat saya umur dalam lingkungan 11 ke 15. Apa pun, ini merupakan pengalaman pertama saya berada di pesta buku. Sebelum ni sibuk dan tak sempat untuk luangkan masa ke pesta buku, tapi kerana ingin memberikan kerjasama bersama penerbit, saya cuba luangkan sedikit masa. Ternyata hari tersebut tidak sia-sia, krew2 penerbit juga peramah dan baik hati... terima ksih daun keladi...
Seronok juga dapat berkenalan dengan penulis buku 'ini cerita seram' dan penulis terkenal aina emir. Terlupa pula, saya nak ucapkan terima kasih kepada kak aina sebab bagi pinjam pen, hehe. Sayang semua, saya doakan pihak penerbit terus berjaya di masa akan datang.

My Fiance


Hai si cumel yang cute...
Inilah kucing kesayangan saya, macam-macam dugaan cumel (kucing yang kecik tu) lalui sebelum membesar macam gini. Baru dua minggu cumel dah terpisah dengan ibunya, ibunya tak pulang2 kerana merajuk dipindah ke rumah kakak saya. Ibunya yang nampak badan ni je, kompot namanya. Kompot malu nak amik gambar, tu yang tak nampak muka tu, hehehe. Kompot dah biasa membesar di rumah mak, tu yang bila alih rumah kakak hidupnya tak keruan, hahaha! Dulu tak pernah sayang kucing sampai tahap gini, tapi sejak hadirnya kompot di rumah. Kemudian dia dapat anak-anaknya yang comel ni, terus sayang sangat dengan haiwan manja ni. Banyak juga budjet kuar belikan makanan, bawa p klinik kalau comel atau kompot(ibunya) sakit. Tapi tak apa, kucing adalah haiwan kesayangan nabi. Ada juga yang berkata, berbuat baik pada haiwan murah rezeki. Dalam diam, adakala haiwan ni mendoakan kita...
apa yang seronok, bila pulang dari tempat kerja, mesti di sambut kucing-kucing cumel ni. Seronok betul! penat di tempat kerja pun boleh hilang... pagi2 pula anak2nya agresif lari ke sana ke mari, tapi apa yang melucukan, ini dah masuk kali ke tiga saya kena beli sandle, sebab habis semua sandle jadi barang permainan anak2 kucing ni... yang tercabut rebenlah, tercabut tali la. Hai cumel...cumel..
sayang Kompot! dan anak2nya...mmmmmuah!

Anugerah Cinta oleh Nurul' Ain


Cinta yang ada pada hatinya adakala satu, tapi boleh jadi dua. Kadangkala boleh pergi kepada cinta ketiga, keempat dan kelima. Tapi pada diri gadis kacukan Roman ini, cinta pertamanya sudah kuat seperti tembo besi, inikan pula ingin membuka cintanya buat kali kedua. Seorang anak gadis yang mengunci cinta pertama di hatinya begitu dalam sehingga sukar untuk dibuka untuk insan lain. Haikal, cinta pertamanya ini pernah hilang dengan tiba-tiba satu masa dahulu, kemudian tiba-tiba muncul semula. Tetapi hadirnya hanya untuk menagih kemaafan atas baki kesilapan yang ditinggalkan. Namun, kemunculan itu tidak berpanjangan… Jika rumah gadis lain yang sebaya dengannya indah dihiasi belaian ibu dan ayah, cantik dihamparkan permaidani kasih dan sayang, tapi rumah lindungannya sentiasa berpaksikan kesengsaraan dan kisah hitam.

Puan Muna dan Rozana manusia yang bertopengkan syaitan menyeksa gadis ini. Namun dia reda kerana masih punya seorang abang tiri yang sayangkannya. Pergi ke dunia pengajian tinggi, hadir pula seorang lagi jejaka kacak dan tampan yang cuba menguntum kasih di hati gadis yatim piatu itu. Pelbagai pergolakan dialaminya sehingga hilang kewarasan diri dan membuatkan gadis itu tumbang dan tidak mampu berdiri kuat lagi. Hanya rakan-rakan sahaja yang mampu memimpinnya kembali teguh berdiri. Belum sempat dia bernafas lega, ada lagi dugaan yang mendatang. Jika dicucuk duri sudah terasa pedihnya, inikan pula hatinya seperti dibelah pisau. Darah dan dagingnya dimamah oleh kecurangan dan kecemburuan sahabat baiknya sejak di zaman sekolah. Hayatilah pergolakan kisah suka dan duka, gelak dan tawa di dalam Anugerah Cinta.

Salam sayang semua :)