Setelah lama tak berblog hari ni kembali activekannya semula huhu, menjadi teman dan sumber inspirasi. 2013 with new azam dan lifestyle...piece yooo!
Thursday, 3 January 2013
Sunday, 23 January 2011
Rumah Ajaib - Nurul Ain
Perkhemahan sekolah lima sekawan Paula, Aqash, Siva, Lim dan Idora bertukar menjadi pengembaraan yang mencabar selepas mereka mengunjungi sebuah rumah misteri hasil peninggalan satu keluarga Inggeris.
Hadir Romando, seorang lelaki tua yang boleh terapung-apung lebih menghairankan mereka berlima. Pelbagai nasihat dan bekalan diberi kepada Paula dan rakan-rakannya. Mereka kemudian dibekalkan dengan satu peta lama, buku panduan ajaib dan pakaian seragam pahlawan yang lengkap. Kata Romando, Deriyah akan mengiringi perjalanan mereka. Siapa Deriyah? Mengapa Romando percaya kepada Deriyah?
Paula yang merupakan seorang gadis yang meminati dunia sejarah dan pengembaraan zaman purba tidak menyangka bahawa semuanya menjadi kenyataan dengan sekelip mata. Sikap Siva dan Lim yang sentiasa menggelikan hati, ditambah pula dengan telatah Deriyah membuatkan perjalanan mereka di dunia asing itu tidak terasa letih dan sunyi. Apa yang pasti mereka diarahkan untuk mencari Kunci Kebahagiaan dan lebihan Batu Zerox. Di manakah mereka akan menjumpai semua barang-barang itu? Berjayakah mereka selepas keluar dari rumah misteri itu? Setiap langkah perjalanan, pasti ada yang menanti di hadapan, apakah dia? Bolehkah mereka melaluinya? Hayati dunia pengembaraan misteri yang berbeza dan mencabar bersama-sama Paula dan rakan-rakannya dalam Rumah Datuk Ethan yang membawa anda agar kembali mengharungi ke dunia pengembaraan yang sebenar
Posted by kasehtinta at 8:44:00 pm 0 comments
Wednesday, 7 April 2010
Seronok di pesta buku PWTC 2010
Alhamdulillah, sepanjang saya berada di pesta buku, pihak penerbit dan kakitangannya tidak jemu-jemu mempromosikan dan cuba menjual buku Puteri Amanda. Sambutan amat menggalakkan, ramai juga yang datang untuk minta tanda tangan sebagai kenangan. Harapan saya, semoga adik-adik dapat manfaat sedikit sebanyak daripada hasil penulisan akak, kebanyakan peminat saya umur dalam lingkungan 11 ke 15. Apa pun, ini merupakan pengalaman pertama saya berada di pesta buku. Sebelum ni sibuk dan tak sempat untuk luangkan masa ke pesta buku, tapi kerana ingin memberikan kerjasama bersama penerbit, saya cuba luangkan sedikit masa. Ternyata hari tersebut tidak sia-sia, krew2 penerbit juga peramah dan baik hati... terima ksih daun keladi...
Seronok juga dapat berkenalan dengan penulis buku 'ini cerita seram' dan penulis terkenal aina emir. Terlupa pula, saya nak ucapkan terima kasih kepada kak aina sebab bagi pinjam pen, hehe. Sayang semua, saya doakan pihak penerbit terus berjaya di masa akan datang.
Posted by kasehtinta at 5:40:00 pm 0 comments
My Fiance
Posted by kasehtinta at 5:14:00 pm 0 comments
Anugerah Cinta oleh Nurul' Ain
Cinta yang ada pada hatinya adakala satu, tapi boleh jadi dua. Kadangkala boleh pergi kepada cinta ketiga, keempat dan kelima. Tapi pada diri gadis kacukan Roman ini, cinta pertamanya sudah kuat seperti tembo besi, inikan pula ingin membuka cintanya buat kali kedua. Seorang anak gadis yang mengunci cinta pertama di hatinya begitu dalam sehingga sukar untuk dibuka untuk insan lain. Haikal, cinta pertamanya ini pernah hilang dengan tiba-tiba satu masa dahulu, kemudian tiba-tiba muncul semula. Tetapi hadirnya hanya untuk menagih kemaafan atas baki kesilapan yang ditinggalkan. Namun, kemunculan itu tidak berpanjangan… Jika rumah gadis lain yang sebaya dengannya indah dihiasi belaian ibu dan ayah, cantik dihamparkan permaidani kasih dan sayang, tapi rumah lindungannya sentiasa berpaksikan kesengsaraan dan kisah hitam.
Puan Muna dan Rozana manusia yang bertopengkan syaitan menyeksa gadis ini. Namun dia reda kerana masih punya seorang abang tiri yang sayangkannya. Pergi ke dunia pengajian tinggi, hadir pula seorang lagi jejaka kacak dan tampan yang cuba menguntum kasih di hati gadis yatim piatu itu. Pelbagai pergolakan dialaminya sehingga hilang kewarasan diri dan membuatkan gadis itu tumbang dan tidak mampu berdiri kuat lagi. Hanya rakan-rakan sahaja yang mampu memimpinnya kembali teguh berdiri. Belum sempat dia bernafas lega, ada lagi dugaan yang mendatang. Jika dicucuk duri sudah terasa pedihnya, inikan pula hatinya seperti dibelah pisau. Darah dan dagingnya dimamah oleh kecurangan dan kecemburuan sahabat baiknya sejak di zaman sekolah. Hayatilah pergolakan kisah suka dan duka, gelak dan tawa di dalam Anugerah Cinta.
Salam sayang semua :)
Posted by kasehtinta at 4:41:00 pm 0 comments
Friday, 29 January 2010
Indahnya Ciptaan Allah s.w.t
Melihat gambar ni, teringat sewaktu trip ke taman burung masa kecil-kecil dahulu. Lihat pelbagai telatah dan warna burung yang sangat menarik. Paling takut dan tak berapa suka burung merak, yang bangga dengan kepaknya yang cantik dan bewarna warni. Indahnya ciptaan Allah s.w.t
Benarlah satu kata-kata hikmah yang pernah saya baca. Jika ingin dibandingkan ilmu hamba dan Allah yang Maha Esa, adalah seperti setitik air laut dan selautan besar yang meliputi satu bumi ini.
Posted by kasehtinta at 2:21:00 pm 0 comments
Wednesday, 13 January 2010
Terkenang Zaman Sekolah Rendah
Posted by kasehtinta at 11:12:00 am 0 comments