Wednesday 7 October 2009

Stress


Kehidupan yang memerlukan wang, kemewahan, kebahagiaan, kesenangan, keselesaan dan kegembiraan sering membuat manusia menjadi tertekan atau dalam bahasa English di panggil stress. Bila tertekan semua merasakan hidup seperti sudah berakhir, mulalah ingin melakukan perkara yang tidak masuk akal. Walhal Allah s.w.t menyediakan pelbagai jalan keluar dan kunci utama dalam hidup iaitu 'sabar'. Dulu sewaktu zaman belajar, saya sendiri rasa sering tertekan dengan pelbagai perkara. Masalah keluarga, kewangan. pelajaran, dan rakan. Hidup yang tidak dikunjungi masalah samalah macam kita tidak hidup sebenarnya. Masalah membuatkan seseorang itu tertekan atau stress. Tetapi tanpa disedari masalah itulah yang membuatkan manusia belajar mencari jalan keluar, belajar jadi lebih matang dan menjadikan manusia itu kreatif dan tidak pasif.

Ramai manusia dan individu menyalahkan takdir apabila mereka di dalam tekanan, tapi mereka tidak sedar, bahawa sebaik-baik tekanan itulah kunci kebahagiaan hidup. Bayangkan jika manusia tidak pernah merasa sakit. Sudah pasti banyak pertemuan keajaiban dunia masih tersembunyi. Tiada manusia yang dilahirkan ke dunia tidak dihadirkan tekanan. Cuma perbezaannya, sama ada manusia itu pandai mengatasinya atau tidak.

Kematangan tidak diukur dari segi usia. Tetapi diukur dari segi kejayaannya mengatasi dan menghadapi dugaan yang diberi Yang Maha Esa.