Thursday 3 January 2013

I'm Come Back♥

Setelah lama tak berblog hari ni kembali activekannya semula huhu, menjadi teman dan sumber inspirasi. 2013 with new azam dan lifestyle...piece yooo!

Sunday 23 January 2011

Rumah Ajaib - Nurul Ain




Perkhemahan sekolah lima sekawan Paula, Aqash, Siva, Lim dan Idora bertukar menjadi pengembaraan yang mencabar selepas mereka mengunjungi sebuah rumah misteri hasil peninggalan satu keluarga Inggeris.
Hadir Romando, seorang lelaki tua yang boleh terapung-apung lebih menghairankan mereka berlima. Pelbagai nasihat dan bekalan diberi kepada Paula dan rakan-rakannya. Mereka kemudian dibekalkan dengan satu peta lama, buku panduan ajaib dan pakaian seragam pahlawan yang lengkap. Kata Romando, Deriyah akan mengiringi perjalanan mereka. Siapa Deriyah? Mengapa Romando percaya kepada Deriyah?
Paula yang merupakan seorang gadis yang meminati dunia sejarah dan pengembaraan zaman purba tidak menyangka bahawa semuanya menjadi kenyataan dengan sekelip mata. Sikap Siva dan Lim yang sentiasa menggelikan hati, ditambah pula dengan telatah Deriyah membuatkan perjalanan mereka di dunia asing itu tidak terasa letih dan sunyi. Apa yang pasti mereka diarahkan untuk mencari Kunci Kebahagiaan dan lebihan Batu Zerox. Di manakah mereka akan menjumpai semua barang-barang itu? Berjayakah mereka selepas keluar dari rumah misteri itu? Setiap langkah perjalanan, pasti ada yang menanti di hadapan, apakah dia? Bolehkah mereka melaluinya? Hayati dunia pengembaraan misteri yang berbeza dan mencabar bersama-sama Paula dan rakan-rakannya dalam Rumah Datuk Ethan yang membawa anda agar kembali mengharungi ke dunia pengembaraan yang sebenar

Wednesday 7 April 2010

Seronok di pesta buku PWTC 2010


Alhamdulillah, sepanjang saya berada di pesta buku, pihak penerbit dan kakitangannya tidak jemu-jemu mempromosikan dan cuba menjual buku Puteri Amanda. Sambutan amat menggalakkan, ramai juga yang datang untuk minta tanda tangan sebagai kenangan. Harapan saya, semoga adik-adik dapat manfaat sedikit sebanyak daripada hasil penulisan akak, kebanyakan peminat saya umur dalam lingkungan 11 ke 15. Apa pun, ini merupakan pengalaman pertama saya berada di pesta buku. Sebelum ni sibuk dan tak sempat untuk luangkan masa ke pesta buku, tapi kerana ingin memberikan kerjasama bersama penerbit, saya cuba luangkan sedikit masa. Ternyata hari tersebut tidak sia-sia, krew2 penerbit juga peramah dan baik hati... terima ksih daun keladi...
Seronok juga dapat berkenalan dengan penulis buku 'ini cerita seram' dan penulis terkenal aina emir. Terlupa pula, saya nak ucapkan terima kasih kepada kak aina sebab bagi pinjam pen, hehe. Sayang semua, saya doakan pihak penerbit terus berjaya di masa akan datang.

My Fiance


Hai si cumel yang cute...
Inilah kucing kesayangan saya, macam-macam dugaan cumel (kucing yang kecik tu) lalui sebelum membesar macam gini. Baru dua minggu cumel dah terpisah dengan ibunya, ibunya tak pulang2 kerana merajuk dipindah ke rumah kakak saya. Ibunya yang nampak badan ni je, kompot namanya. Kompot malu nak amik gambar, tu yang tak nampak muka tu, hehehe. Kompot dah biasa membesar di rumah mak, tu yang bila alih rumah kakak hidupnya tak keruan, hahaha! Dulu tak pernah sayang kucing sampai tahap gini, tapi sejak hadirnya kompot di rumah. Kemudian dia dapat anak-anaknya yang comel ni, terus sayang sangat dengan haiwan manja ni. Banyak juga budjet kuar belikan makanan, bawa p klinik kalau comel atau kompot(ibunya) sakit. Tapi tak apa, kucing adalah haiwan kesayangan nabi. Ada juga yang berkata, berbuat baik pada haiwan murah rezeki. Dalam diam, adakala haiwan ni mendoakan kita...
apa yang seronok, bila pulang dari tempat kerja, mesti di sambut kucing-kucing cumel ni. Seronok betul! penat di tempat kerja pun boleh hilang... pagi2 pula anak2nya agresif lari ke sana ke mari, tapi apa yang melucukan, ini dah masuk kali ke tiga saya kena beli sandle, sebab habis semua sandle jadi barang permainan anak2 kucing ni... yang tercabut rebenlah, tercabut tali la. Hai cumel...cumel..
sayang Kompot! dan anak2nya...mmmmmuah!

Anugerah Cinta oleh Nurul' Ain


Cinta yang ada pada hatinya adakala satu, tapi boleh jadi dua. Kadangkala boleh pergi kepada cinta ketiga, keempat dan kelima. Tapi pada diri gadis kacukan Roman ini, cinta pertamanya sudah kuat seperti tembo besi, inikan pula ingin membuka cintanya buat kali kedua. Seorang anak gadis yang mengunci cinta pertama di hatinya begitu dalam sehingga sukar untuk dibuka untuk insan lain. Haikal, cinta pertamanya ini pernah hilang dengan tiba-tiba satu masa dahulu, kemudian tiba-tiba muncul semula. Tetapi hadirnya hanya untuk menagih kemaafan atas baki kesilapan yang ditinggalkan. Namun, kemunculan itu tidak berpanjangan… Jika rumah gadis lain yang sebaya dengannya indah dihiasi belaian ibu dan ayah, cantik dihamparkan permaidani kasih dan sayang, tapi rumah lindungannya sentiasa berpaksikan kesengsaraan dan kisah hitam.

Puan Muna dan Rozana manusia yang bertopengkan syaitan menyeksa gadis ini. Namun dia reda kerana masih punya seorang abang tiri yang sayangkannya. Pergi ke dunia pengajian tinggi, hadir pula seorang lagi jejaka kacak dan tampan yang cuba menguntum kasih di hati gadis yatim piatu itu. Pelbagai pergolakan dialaminya sehingga hilang kewarasan diri dan membuatkan gadis itu tumbang dan tidak mampu berdiri kuat lagi. Hanya rakan-rakan sahaja yang mampu memimpinnya kembali teguh berdiri. Belum sempat dia bernafas lega, ada lagi dugaan yang mendatang. Jika dicucuk duri sudah terasa pedihnya, inikan pula hatinya seperti dibelah pisau. Darah dan dagingnya dimamah oleh kecurangan dan kecemburuan sahabat baiknya sejak di zaman sekolah. Hayatilah pergolakan kisah suka dan duka, gelak dan tawa di dalam Anugerah Cinta.

Salam sayang semua :)

Friday 29 January 2010

Indahnya Ciptaan Allah s.w.t


Melihat gambar ni, teringat sewaktu trip ke taman burung masa kecil-kecil dahulu. Lihat pelbagai telatah dan warna burung yang sangat menarik. Paling takut dan tak berapa suka burung merak, yang bangga dengan kepaknya yang cantik dan bewarna warni. Indahnya ciptaan Allah s.w.t
Benarlah satu kata-kata hikmah yang pernah saya baca. Jika ingin dibandingkan ilmu hamba dan Allah yang Maha Esa, adalah seperti setitik air laut dan selautan besar yang meliputi satu bumi ini.

Wednesday 13 January 2010

Terkenang Zaman Sekolah Rendah

Duduk-duduk dirumah berbual dengan kakak dan mak, cerita zaman sekolah rendah di SRK Seri Kelana. Macam-macam ragam, macam-macam perangai dan telatah. Itulah keunikan dan keistimewaan setiap zaman yang kita lalui. Hakikatnya tidak boleh kita kembali walaupun kenangan itu semanis madu dan seindah pelangi. Ingat lagi dulu cikgu jerit-jerit panggil nama minta masuk kelas, apa taknya lepas rehat suka main bawah pokok rhu. Kumpul daun-daunnya yang kering tu buat penyapu. Hahahaha! Lepas sekolah aje cari mak cik ais krim yang jual satu batang 10 sen. Nikmatnya zaman sekolah, tak perlu fikir apa-apa, main, belajar dan bergembira dengan kawan2. Tapi masa itu emas, giliran kita sudah. Tiba pula giliran orang lain untuk mengambil tempat.... mengisi kegembiraan yang pernah kita lalui

Tapi sekolah tu dah banyak berubah, banggunan pun dah lain, bila lihat kembali ada juga tempat kenangan yang dah diubah. Apa yang tinggal semuanya dalam ingatan. Tempoh hari bila jumpa cikgu sekolah rendah, dia pun berkata 'dah besar anak murid saya, lagi tinggi pada saya. Tak sedar masa berlalu begitu cepat...'