Monday 2 November 2009

To My Love


Honey,

When I am with you, I feel alive. You bring to me a happiness that no one else ever could. You bring to me a love I have never known before. I could not imagine what my life would be like without you. You have touched my heart in ways no one could ever comprehend. I love being with you and I want to spend the rest of my life with you. Every day I wake up thanking God for you. You have given me so much, and I don't know if I will be able to give back all that you have given me. You have been my guiding light when I was lost. You have been my comforter through all my trials and sorrow. You have been my rock. Sometimes I feel lost and out of touch, but when you’re there, I feel safe. Your voice soothes me. I could sit here and try to tell you just how I feel, but I can't find the words other than I am ecstatic we met and have gotten together after all we've gone through. I love you. I love every little thing about you. I love your cute smile, your magical eyes, and the sound of your voice. I love your gentle touch, and I love the warmth I feel when I’m by your side. I can't stop thinking about you when we are apart. I need you by my side. You complete me. You mean the world to me. You are the best thing that has ever happened to me. You are the one I've always wished for. I never thought that I would ever meet someone as special as you. I love each and every moment I share with you
You are my one true love, the one who fills up my life with passion.
Muhammad Faiz, I love you so much. I thank the Lord for sending you to my life, you are the biggest blessing. The day I saw you I knew in my heart you were the one for me. You are my brightest light, the one who makes my life full of beautiful things each day. The footprints of an angel are love, and where there is love, miraculous things can happen. Honey, my love for you is higher than the sky above, deeper than the deepest sea and lasts through all eternity, it has no limitations. Since day one we've shared something incredible, something that most people only dream of. I had been searching for you all of my life. You have made me the happiest I have ever been. You are sincere, caring, loving man, and I wouldn't trade you for the world. I am so thankful and blessed that you loved me as much as I loved you, and that you made me your wife.
We now going to getting married, and I have cherished every moment since the day we met. I love you more and more everyday. Thinking about our future fills me with anticipation and excitement. We make the perfect husband and wife team. We are going to have an amazing life together raising a family. All of our dreams are coming true my love. I just love our new home and want to thank you so much for making it possible for us to live in such a wonderful place! Don’t worry about the times that we will be tight on money. I know that we can make it through and get to that place where we’ll have all we ever wanted. Look how much we have already. We have so much to be thankful for. We will just continue to lean on each other, loving and supporting one another with all of the love we have, and we will be just fine.
Our life together is already amazing, and together it will only get better and better. I will forever be grateful that you came into my life and made all my dreams come true. Together we're perfect, and I will enjoy enjoying spending the rest of my life with you. I love you more than words can say .......
-Ain-
:)

Wednesday 7 October 2009

Stress


Kehidupan yang memerlukan wang, kemewahan, kebahagiaan, kesenangan, keselesaan dan kegembiraan sering membuat manusia menjadi tertekan atau dalam bahasa English di panggil stress. Bila tertekan semua merasakan hidup seperti sudah berakhir, mulalah ingin melakukan perkara yang tidak masuk akal. Walhal Allah s.w.t menyediakan pelbagai jalan keluar dan kunci utama dalam hidup iaitu 'sabar'. Dulu sewaktu zaman belajar, saya sendiri rasa sering tertekan dengan pelbagai perkara. Masalah keluarga, kewangan. pelajaran, dan rakan. Hidup yang tidak dikunjungi masalah samalah macam kita tidak hidup sebenarnya. Masalah membuatkan seseorang itu tertekan atau stress. Tetapi tanpa disedari masalah itulah yang membuatkan manusia belajar mencari jalan keluar, belajar jadi lebih matang dan menjadikan manusia itu kreatif dan tidak pasif.

Ramai manusia dan individu menyalahkan takdir apabila mereka di dalam tekanan, tapi mereka tidak sedar, bahawa sebaik-baik tekanan itulah kunci kebahagiaan hidup. Bayangkan jika manusia tidak pernah merasa sakit. Sudah pasti banyak pertemuan keajaiban dunia masih tersembunyi. Tiada manusia yang dilahirkan ke dunia tidak dihadirkan tekanan. Cuma perbezaannya, sama ada manusia itu pandai mengatasinya atau tidak.

Kematangan tidak diukur dari segi usia. Tetapi diukur dari segi kejayaannya mengatasi dan menghadapi dugaan yang diberi Yang Maha Esa.

Tuesday 1 September 2009

KARYA SuLuNg SAYA!!!

SINOPSIS

Ardina, Diran dan Danish merupakan anak remaja yang mempunyai kecacatan fizikal,di sekolah mereka sentiasa diuji dengan pelbagai karenah rakan-rakan yang tidak menyukai kehadiran mereka. Ketiga-tiga remaja yang pintar itu datang daripada keluarga yang berbeza dan tidak mengenali di antara satu sama lain.Tiba-tiba ketiga-tiga mereka dianugerahkan setiap satu kelebihan yang tidak dapat diperoleh remaja lain yang sebaya dengan mereka. Pada suatu hari ketiga-tiga remaja tersebut tercampak di tempat yang berasingan di dalam satu benua yang sungguh asing. Mereka kemudiannya berhadapan pula dengan pari-pari bernama Erena, Elias dan Edora yang kelihatan comel dan melucukan. Ketiga-tiga pari itu membantu mereka melalui benua yang misteri itu Kata puteri Dilla mereka bertiga mempunyai misi dan tanggungjawab, demi Puteri Amanda dan Dillesia. Siapakah Puteri Dilla dan apakah kaitannya dengan Puteri Amanda?, Apakah yang dimaksudkan dengan Dillesia?. Sama-samalah kita menerokai alam misteri bersama – sama Ardina, Diran dan Danish dalam merungkai satu misi dan tanggungjawab.


Alhamdulillah karya sulung saya telah berjaya diterbitkan oleh Penerbit Karnadya Solutions. Jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong sepanjang saya menulis karya yang pertama ini.

Wednesday 19 August 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK

Semoga ibadah kali ini adalah yang lebih baik daripada sebelumnya.

Tuesday 18 August 2009

Saat Indah Dalam Hidup Setiap Pasangan


Sesuatu yang indah pasti yang tidak dapat dilupakan. Saat romantis bersama pasangan hidup. Setiap yang bercinta pasti mengimpikan gerbang perkahwinan yang bahagia. Hidup bersama hingga hujung nyawa. Saat yang kuimpikan adalah bersama si dia meluangkan masa bersama, di saat baru sahaja diijabkabulkan. Menjadi pasangan suami isteri yang sah. Aku impikan melihat panorama indah bersama dia, mengecapi cantiknya suasana metahari melabuhkan tirainya. Setiap wanita aku pasti akan termimpikan saat bahagia sebegitu rupa. Inginkan masa bersama dia tanpa gangguan sesiapa. Itulah hubungan yang dibina di atas syurga dunia. Nikmat yang di beri Allah s.w.t untuk dirasai setiap pasangan yang halal hubungannya.

Lihatlah Dengan Mata Hati

Kita dianugerahkan dengan sepasang mata yang cantik, yang mempunyai pelbagai fungsi. Namun setiap individu kurang sedar bahawa hanya dengan memiliki mata yang yang cantik kita pada dasarnya kurang pandai menilai selepas melihat. Setiap insan perlu perihatin bahawa kita sebenarnya ada dianugerahkan dengan satu lagi keajaiban yang jarang sekali digunakan, iaitu MATA HATI. Ramai manusia di dalam dunia hanya menggunakan 30% deria tersebut. Dengan mata hati kita akan mentafsir sesuatu perkara dengan lebih lama, mata hati terletak di dalam tubuh, sesuatu yang abstrak, maka apabila sesorang menilai atau membuat keputusan kesannya juga akan mendalam dan lebih baik. Mata hati tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi satu deria yang boleh di rasa. Ada yang kata, mata hati itu adalah deria orang perempuan, tapi orang lelaki juga mempunyai keistimewaan itu. Cuma kurang digunakan atau ada di antara mereka yang yang tidak sedar langsung akan kelebihan tersebut pada diri mereka. Ada yang mengatakan mata hati itu berkaitan juga dengan gerak batin, ada juga yang kata mata hati hanya untuk orang yang buta atau hilang penglihatan, ada yang beri pendapat pula mata hati untuk mereka yang tahu seni.
Tapi apa pun yang dikatakan, mata hati hakikatnya wujud pada sesiapa pun. Cuma kita perlu duduk mencari di mana titik pertemuan itu.
Dengan mata hati, yang gelap pasti cerah
Yang kabur pasti terang
Yang hilang akan dijumpai
Yang kelam akan bersinar....
Dimanakah mata hati anda?

Friday 14 August 2009

Siapa Kata Rakyat Malaysia Malas Membaca?

Buktinya, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) melaporkan bahawa bagi tahun 2007, jumlah judul yang diterbitkan di Malaysia sudah meningkat ke 14,000.

Jika dibandingkan pada tahun 2003, jumlah itu adalah 6,000 judul. Ini adalah lonjakan jumlah yang amat ketara, iaitu lebih 100% dalam tempoh empat tahun.

Kita selalu membandingkan rakyat negara kita dengan bangsa asia di negara matahari terbit. Mereka rajin membaca kerana kelihatan di keretapi, perhentian bas, di taman rekreasi dan dibanyak tempat lain pasti menjumpai sepuluh daripada mereka lapan daripadanya akan memegang buku.

Mungkin dulu rakyat Malaysia kurang perihatin betapa hanya dengan membaca buku kita boleh mengetahui tentang seluruh dunia, dengan membaca buku kita boleh kembali ke zaman lampau, dan dengan membaca buku kita boleh menjadi KAYA. Iaitu kaya ilmu pengetahuan.

Bayangkan jika kita tidak membaca...
Pasti ramai orang akan memperbodohkan kita...
Pasti kita tak kenal A-Z
Pasti sekarang kita tak dapat pekerjaan yang bagus-bagus...

Alhamdulillah, kempen demi kempen MARI MEMBACA yang di jalankan oleh kerajaan akhirnya menimbulkan kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya membaca. Hakikatnya bukan senang untuk menghasilkan sebuah buku, tidak kiralah buku cerita, buku komik, buku ilmiah, motivasi dan sebagainya. Kerana untuk menulis sebuah buku, penulis perlu menghimpunkan bertahun2 pengalaman. Tetapi anda hanya mendapat pengalaman mereka dengan hanya membaca buku tersebut. BAYANGKAN!!! Anda tidak memerlukan usia yang panjang iaitu sehingga 500 tahun untuk mengutip semua pengalaman itu. Mereka (penulis ) sudah membantu anda untuk mengetahui sebahagian daripada pengalaman mereka yang boleh dijadikan pengajaran, yang boleh dijadikan panduan.


"Bacalah dengan (menyebut nama tuhanmu yang menciptakan ,dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.Bacalah dan tuhanmulah yang maha pemurah,yang mengajar(manusia) dengan perantaraan kolam.Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya". (Al-A'laaq ayat 1-5)


Daripada Anas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Menuntut ilmu itu wajib ke atas tiap-tiap orang Islam” (Riwayat Ibnu Majah)


Ditujukan kepada manusia sejagat untuk menguasai ilmu tanpa mengira statusnya
(spt. Tua,muda,miskin kaya dan dsbnya.)
Sabda Nabi S.A.W : “Tuntutlah ilmu dari buaian sampai ke liang lahad”


Dunia adalah satu medan perjuangan yang merupakan satu cabaran bagi manusia sejagat
Pastinya ada kalah dan ada yang menang.

Sabda Nabi S.A.W
“Sesiapa yang menghadapi dunia hendaklah berilmu”
”Sesiapa yang mahu kepada akhirat hendaklah berilmu”
“Sesiapa yang mahu kedua-duanya hendaklah berilmu”



Begitulah pentingnya ilmu pengetahuan yang sangat-sangat dititik beratkan oleh Islam supaya setiap orang mencarinya, tidak kira dalam apa bidang pun selagi ia mendatangkan kebaikan dan diredhai oleh Allah S.W.T.