Wednesday 13 January 2010

Azam 2010

Tiada apa yang terbina tanpa mulanya dengan satu niat, dengan satu niat juga tidak akan terhasil apa-apa tanpa ada harapan. Harapan tidak memberi apa-apa makna jika tiada usaha dan tekad. Setelah berusaha dan tekad mungkin juga bakal mendatangkan kecewa jika tidak mahu bertawakal. Sesungguhnya esok masih belum pasti kerana ianya belum turun ke bumi dan masih berada di awang-awangan. Cuma apa yang pasti diriku mempunyai azam agar aku terus maju ke hadapan, mengubah nasib yang tidak tahu apa yang telah dituliskan.

Semoga tahun ini bakal mengubah diriku menjadi insan yang lebih baik dari semalam dan tahun lepas, aku ingin menjadi Hamba Allah yang lebih taat dan tawaduk.

0 comments: