Tuesday 18 August 2009

Lihatlah Dengan Mata Hati

Kita dianugerahkan dengan sepasang mata yang cantik, yang mempunyai pelbagai fungsi. Namun setiap individu kurang sedar bahawa hanya dengan memiliki mata yang yang cantik kita pada dasarnya kurang pandai menilai selepas melihat. Setiap insan perlu perihatin bahawa kita sebenarnya ada dianugerahkan dengan satu lagi keajaiban yang jarang sekali digunakan, iaitu MATA HATI. Ramai manusia di dalam dunia hanya menggunakan 30% deria tersebut. Dengan mata hati kita akan mentafsir sesuatu perkara dengan lebih lama, mata hati terletak di dalam tubuh, sesuatu yang abstrak, maka apabila sesorang menilai atau membuat keputusan kesannya juga akan mendalam dan lebih baik. Mata hati tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi satu deria yang boleh di rasa. Ada yang kata, mata hati itu adalah deria orang perempuan, tapi orang lelaki juga mempunyai keistimewaan itu. Cuma kurang digunakan atau ada di antara mereka yang yang tidak sedar langsung akan kelebihan tersebut pada diri mereka. Ada yang mengatakan mata hati itu berkaitan juga dengan gerak batin, ada juga yang kata mata hati hanya untuk orang yang buta atau hilang penglihatan, ada yang beri pendapat pula mata hati untuk mereka yang tahu seni.
Tapi apa pun yang dikatakan, mata hati hakikatnya wujud pada sesiapa pun. Cuma kita perlu duduk mencari di mana titik pertemuan itu.
Dengan mata hati, yang gelap pasti cerah
Yang kabur pasti terang
Yang hilang akan dijumpai
Yang kelam akan bersinar....
Dimanakah mata hati anda?

0 comments: