Friday 14 August 2009

Siapa Kata Rakyat Malaysia Malas Membaca?

Buktinya, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) melaporkan bahawa bagi tahun 2007, jumlah judul yang diterbitkan di Malaysia sudah meningkat ke 14,000.

Jika dibandingkan pada tahun 2003, jumlah itu adalah 6,000 judul. Ini adalah lonjakan jumlah yang amat ketara, iaitu lebih 100% dalam tempoh empat tahun.

Kita selalu membandingkan rakyat negara kita dengan bangsa asia di negara matahari terbit. Mereka rajin membaca kerana kelihatan di keretapi, perhentian bas, di taman rekreasi dan dibanyak tempat lain pasti menjumpai sepuluh daripada mereka lapan daripadanya akan memegang buku.

Mungkin dulu rakyat Malaysia kurang perihatin betapa hanya dengan membaca buku kita boleh mengetahui tentang seluruh dunia, dengan membaca buku kita boleh kembali ke zaman lampau, dan dengan membaca buku kita boleh menjadi KAYA. Iaitu kaya ilmu pengetahuan.

Bayangkan jika kita tidak membaca...
Pasti ramai orang akan memperbodohkan kita...
Pasti kita tak kenal A-Z
Pasti sekarang kita tak dapat pekerjaan yang bagus-bagus...

Alhamdulillah, kempen demi kempen MARI MEMBACA yang di jalankan oleh kerajaan akhirnya menimbulkan kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya membaca. Hakikatnya bukan senang untuk menghasilkan sebuah buku, tidak kiralah buku cerita, buku komik, buku ilmiah, motivasi dan sebagainya. Kerana untuk menulis sebuah buku, penulis perlu menghimpunkan bertahun2 pengalaman. Tetapi anda hanya mendapat pengalaman mereka dengan hanya membaca buku tersebut. BAYANGKAN!!! Anda tidak memerlukan usia yang panjang iaitu sehingga 500 tahun untuk mengutip semua pengalaman itu. Mereka (penulis ) sudah membantu anda untuk mengetahui sebahagian daripada pengalaman mereka yang boleh dijadikan pengajaran, yang boleh dijadikan panduan.


"Bacalah dengan (menyebut nama tuhanmu yang menciptakan ,dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.Bacalah dan tuhanmulah yang maha pemurah,yang mengajar(manusia) dengan perantaraan kolam.Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya". (Al-A'laaq ayat 1-5)


Daripada Anas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Menuntut ilmu itu wajib ke atas tiap-tiap orang Islam” (Riwayat Ibnu Majah)


Ditujukan kepada manusia sejagat untuk menguasai ilmu tanpa mengira statusnya
(spt. Tua,muda,miskin kaya dan dsbnya.)
Sabda Nabi S.A.W : “Tuntutlah ilmu dari buaian sampai ke liang lahad”


Dunia adalah satu medan perjuangan yang merupakan satu cabaran bagi manusia sejagat
Pastinya ada kalah dan ada yang menang.

Sabda Nabi S.A.W
“Sesiapa yang menghadapi dunia hendaklah berilmu”
”Sesiapa yang mahu kepada akhirat hendaklah berilmu”
“Sesiapa yang mahu kedua-duanya hendaklah berilmu”



Begitulah pentingnya ilmu pengetahuan yang sangat-sangat dititik beratkan oleh Islam supaya setiap orang mencarinya, tidak kira dalam apa bidang pun selagi ia mendatangkan kebaikan dan diredhai oleh Allah S.W.T.

0 comments: